17 October 2009

Perempuan Besar, Menyelit dan ...





Bukan aku seorang yang begitu shallow sebab aku sendiri berfizikal besar.Tapi ada orang cakap aku nampak kurus baru-baru ini. Semalam ada orang tegur aku nampak muda. Tiap-tiap hari aku cakap aku muda,kacak,katang serta bersuara chad kroeger atau chris daughtry. Bukannya apa, doktor suruh aku jangan stress. Aku pun ada kawan-kawan berfizikal besar dan semua baik juga dengan aku. Tapi kali ini aku bengang. Dalam bulan nih ada dekat 4-5 kali aku nak terjatuh. Sebabnya? Ye lah , perempuan besar yang suka menyelit. Bila kita naik LRT ke, Komuter ke. Mesti ramai orang kan time peak hours. Semua orang tak suka. Kalau boleh smuer orang nak satu gerabak untuk dia kan? Tapi memandangkan masing-masing hanya mampu bayar satu tiket, kongsi-kongsi lah space.

Memang lah bila jarak diantara 2 orang tuh atau dengan dinding adalah 10cm adalah tidak logik untuk seorang perempuan berbadan besar untuk menyelit. Kalau badan itu lipat 4 kali pun masih belum sure muat. Kalau berjaya pun menyelit, tidak bermakna anda makin kurus. Ia hanya membuktikan orang yang berdiri dah terjatuh,hampir terjatuh atau dah terpenyek. Lepas tu, dah tahu salah buat muka-muka comel konon,bukan tau nak minta maaf. Comel la sangat cam tapak kaki gajah. Aku langgar beg budak sekolah pun aku cakap sorry.

Ada satu lagi insiden tapi 2 kali jadi, masa naik tangga. Ye la, semua orang pun nak cepat jugak. Tapi dia jugak nak paling cepat. Dia je nak cepat orang lain tak. Bila naik tangga ,confirm cam kena beratur tapi dia nak menyelit. Jalan langgar-langgar cam bulldozer kat Kampung Buah Pala. Kalau Bulldozer duduk sebelah dia memang tak boleh nampak beza. Bila sampai kat atas mengah. Mengah babe. Mengahhhhhhhh. Jalan dah slow. Aku tak kesah kalau mengah tapi bersopan. Tapi nih nak buat makan pelempang je. Agak agak la. Dah tau tak larat kenapa la nak show off satu dunia boleh naik tangga gaya bulldozer. Lepas itu ada sekali aku saja langgar beg dia sebab dia langgar aku kan. Haha. Lepas tuh aku potong dia.

Ya, aku seorang pendendam.

24 September 2009

Internet Oh Internet

Internet makin teruk sejak orang balik dari kampung. Kota mula dipenuhi. Hatiku makin sengsara. Internet putus-putus. Slow boleh terima lagi. Ini putus setiap seminit. Tapi kata kata abang ipar tadi nak tukar kepada p1 wimax terus membuatkan hatiku riang ria.Tapi ambil package paling murahlah. Bukan nak download sangat pun. Siap ada limit 5gb per month. Tapi agak memuaskan kot untuk main facebook, chatting ym serta aktiviti stalking sekali-sekala. Dengan harapan cepat cepatlah tukar yeh.

22 September 2009

Hari Raya

Selama 4 kali rasanya aku beraya di perantauan dan inilah kali pertama aku beraya di Malaysia sejak sekian lamanya. Namun begitu, aku dah tak rasa raya best. Kenapa? Aku rasa raya cam sayu dan sedih. Dulu dulu masa kecil rayalah paling best, jumpa saudara-mara, kutip duit raya, main mercun tak ingat dan makan sambil ternak lemak. Dulu masa puasa pun siap gain weight lagi. Kenapa aku rasa raya semakin sayu dalam diri? Sekarang puasa siap lost weight lagi. Obese sangat ke diri ini?(sudah tahu bertanya pulakan) main mercun dah tak boleh, makan banyak2 pun tak boleh sebab dah sakit, jumpa saudara mara of course la best tapi boleh kata bukan raya pun aku jumpa. Tapi entahlah, sayu je aku rasa. ke sebab aku masa ramadan tak cukup buat ibadat nih? or adakah aku sudah grow up? OH TIDAK MUNGKIN! Entahlah aku masih mencari erti raya. Semoga aku jumpa sebelum rasa next.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

18 September 2009

Selamat Hari Raya dan Internet Laju.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog sunyi sepi ini. Hari ini internet saya laju pada waktu malam. Saya sangat suka. Puasa esok last. Semoga saya boleh berpuasa esok. Baju Melayu pun dah beli tag harga tulis RM150. Mula dah taknak beli, tapi mengenangkan baju Melayu last sekali beli paling kurang 5 tahun lepas dan satu lagi zaman MRSM. Kenalah beli,ibunda pun dah bokbek sebab tiada baju Melayu. :D. Beli beli sekali dengan butang baju Melayu. Mujur total lepas diskaun RM100. HOHOH!! Alhamdulillah dan mujur jua ada saiz.

Internet laju sebab orang jiran semua balik kampung ini. Jadi banyak jalur lebar untuk saya. Tapi takkan raya nak main internet juga. Ah sedihlah. Main sikit sikit dahlah.

05 September 2009

Satu rehat yang lama

Bulan enam yang lepas, aku sudah menyambung pelajaran aku semula. Tak cukup masa rasa. Hari-hari agak sibuk dan letih. Jadi masa untuk berblog diketepikan. Bukannya apa, masa tidurku terganggu. Buatku tidur adalah nikmat. Tidur adalah hampir segalanya. Tapi tidur itu kenalah berkualiti. Barulah nikmat. Internet pun problem jua. Bila hari-hari bangun pukul 5 nak pergi sekolah, balik depends. Ada awal. Ada pukul 6. Kadang-kadang balik awal pun jadi lambat sebab asyik menunggu komuter tak kunjung tiba. Tapi sejak akhir akhir ini perkhidmatan komuter ada nampak perbezaannya walaupun tiadalah sehebat mana. Cuma adalah peningkatan.

Malam selalunya rumah saya tiada internet. Kenapa? Saya pun tak berapa sure. Internet macam chipsmore. Sekejap ada, sekejap takde. Jadi macam haram. Hari itu dah call Telekom Malaysia suruh check. Dia datang. Bagus. Dia check. Bagus. Dia cakap wayar kat atas bumbung itu dah berkarat. Yang kesalnya, dia tak cakap apa saya perlu buat atau apa dia hendak buat. Saya kena tukar wayar telefon itu sendiri ke?

Sampai hari ini satu rumah bangun awal semata mata nak main internet. Lepas pukul 6 petang, harapan terlalu malap.